Monday, 20 June 2011

Siapa Dato Ambiga Sreenavesan ????

Nak tahu sangat ya!! Siapa Dato’ Ambiga Sreenavesan

Rasanya umum mengetahui siapa tenaga perancang utama Mobiliti Gabungan Piliharaya Bersih dan Adil (BERSIH) yang akan berhimpun secara haram di jangka 9 Julai depan. Berapa ramai antara kita yang mengetahui siapa sebenarnya Dato’ Ambiga Sreenavesan yang menerajui himpunan BERSIH 2.0 dan kenapa beliau beriya-ia sangat dipilih oleh BERSIH untuk menjadi taikon dalam himpunan bersih pada kali ini.
Sudah menjadi perkara pelik tetapi dihalalkan dimana mereka yang terang-terangan membawa kejahatan dan kemusnahan di bangkitkan menjadi pemimpin yang kononnya berjuang demi semua rakyat dan terlalu adil dikatakan boleh membawa keadilan kepada semua orang. Sejak akhir ini, terlampau banyak pemimpin yang mempunyai latarbelakang buruk dan tidak bermoral diangkat sebagai pemimpin yang boleh mewakili rakyat yang dakwanya tertindas.
Rentetan dari itu, mari kita sama-sama melihat dan mengetahui siapa sebenarnya Dato’ AMBIGA SREENAVASAN BERSIH ini.
  • Perkara 153 yang menjamin HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU yang sering disentuh oleh beliau dalam penganjuran forum-forum supaya rakyat bukan melayu membuka mata menentang Perkara 153 yang secara jelas memberi hak kepada kaum Melayu.
  • Masih ingatkah kes Lina Joy yang Murtad, beliaulah yang mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah dibawah artikel 121(1A) MEMPERTAHANKAN Lina Joy dalam menyatakan kebebasan beragama kepada semua penganut Agama Islam. Inilah yang rakyat nampak dan tahu tetapi menghalalkannya demi kepentingan politik kotor .
  • Tahukah apa itu IFC- Interfaith Commission? Iaitu hak samarata AGAMA, yang memberi kebebasan untuk memilih agama apa sahaja termasuk Agama Islam yang secara jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta hukum hakam dalam Islam. Beliau adalah dalang yang menerima memorandum dalam maksud tersebut.
  • PERLEMBAGAANKU adalah impian besar sekiranya Pakatan Rakyat menang untuk memerintah dan berkuasa. Apa yang mereka akan buat adalah membubarkan hak keistimewaan orang melayu dan kedudukkan agama Rasmi Negara iaitu Agama Islam kepada agama lain. Cukup bahaya jika kita orang Melayu dan Islam terpengaruh dengan tipu helah Dato’ Ambiga ini, jadi sesiapa sahaja yang menyokong bersih,AWAS!!!

Berfikirlah secara waras dengan menggunakan akal yg dikurnia oleh Allah S.W.T sebelum melakukan sesuatu perbuatan itu….Bertindak Bijak demi Agama , Bangsa dan Tanah Air yg tercinta ini…Lupakan Ideologi Politik dan bersatu dibawah satu bumbung untuk kebaikan kita bersama…Dari RAKYAT PRIHATIN

No comments:

Post a Comment